PENOLONG PEGAWAI SAINS GRED C29
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Tarikh Temuduga 22 - 26 Julai 2024
Deskripsi Tugas :
Membantu Pegawai Penyelidik
melaksanakan kerja-kerja penyelidikan Sains dan Teknologi Nuklear,
merancang, menyelaras dan mengurus operasi penyelenggaraan makmal,
mengurus aktiviti berkaitan penyelenggaraan berkala, peralatan khusus,
mengawas rekod pembelian peralatan saintifik, membantu aktiviti
perhubungan awam berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan
penggunaan teknologi nuklear.
DAPAT PANGGILAN TEMUDUGA SPA?Tahniah buat calon yang dapat panggilan temuduga untuk bulan ini.
Ketika anda ditemuduga, sekiranya anda dipandang rendah atau dihina, logiknya anda akan berasa marah dan naik angin.
Sudah
pasti! Ketika berada di bilik temuduga, anda akan ditanya
soalan-soalan yang membuatkan anda panas hati kerana ia bakal mencabar
kewibawaan anda.
Ia adalah salah satu strategi panel penemuduga
untuk menguji emosi anda. Adakah anda seorang yang penyabar, cepat
marah, kurang sabar dan sebagainya.
Apa yang perlu anda lakukan ialah:
✅ Sedari bahawa panel penemuduga sedang menguji anda.
✅ Jawab setiap pertanyaan dengan jelas dan lantang, tidak terlalu laju atau terlalu perlahan.
✅ Ketepikan sikap ego anda, rendah diri semasa ditemuduga.
✅ Tenangkan diri sebelum menjawab soalan.
✅ Senyumlah walau pun ianya sekadar sebuah lakonan, ikhlaskan senyuman anda.
✅ Buktikan kepada panel penemuduga bahawa anda benar-benar minat dengan jawatan yang dipohon.
Calon
dinasihat supaya menjawab soalan dengan tenang, ambil masa untuk
berfikir sebentar dan mulai menjawab dengan perlahan-lahan.
Menjawab dalam keadaan yang terburu-buru hanya akan menyebabkan anda hilang fokus dan emosi tidak dapat dikawal.
Boleh jadi anda akan bertengkar dengan penemuduga nanti.
Dapat sesuatu? Kongsi kepada kawan-kawan yang dapat panggilan temuduga SPA 😉
TESTIMONI CALON YANG BERJAYA
Nak lagi tips? Terus dapatkan rujukan khusus temuduga SPA ini: