PENGUASA KASTAM GRED WK41
(JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA)
[Tarikh Temuduga: 9 - 19 Julai 2024]
DESKRIPSI TUGAS :
Memperjeniskan barang-barang mengikut
tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai
jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan
barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport
di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan
Gudang-gudang Berlesen.
Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta
Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai
jualan/perkhidmatan.
Memproses permohonan mendapatkan
pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang
berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam,
memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang
dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan
penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi
kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguatkuasaan.
DAPAT PANGGILAN TEMUDUGA SPA?
Tahniah buat calon yang dapat panggilan temuduga untuk bulan ini.
Ketika anda ditemuduga, sekiranya anda dipandang rendah atau dihina, logiknya anda akan berasa marah dan naik angin.
Sudah
pasti! Ketika berada di bilik temuduga, anda akan ditanya
soalan-soalan yang membuatkan anda panas hati kerana ia bakal mencabar
kewibawaan anda.
Ia adalah salah satu strategi panel penemuduga
untuk menguji emosi anda. Adakah anda seorang yang penyabar, cepat
marah, kurang sabar dan sebagainya.
Apa yang perlu anda lakukan ialah:
✅ Sedari bahawa panel penemuduga sedang menguji anda.
✅ Jawab setiap pertanyaan dengan jelas dan lantang, tidak terlalu laju atau terlalu perlahan.
✅ Ketepikan sikap ego anda, rendah diri semasa ditemuduga.
✅ Tenangkan diri sebelum menjawab soalan.
✅ Senyumlah walau pun ianya sekadar sebuah lakonan, ikhlaskan senyuman anda.
✅ Buktikan kepada panel penemuduga bahawa anda benar-benar minat dengan jawatan yang dipohon.
KLIK DI SINI !
Calon
dinasihat supaya menjawab soalan dengan tenang, ambil masa untuk
berfikir sebentar dan mulai menjawab dengan perlahan-lahan.
Menjawab dalam keadaan yang terburu-buru hanya akan menyebabkan anda hilang fokus dan emosi tidak dapat dikawal.
Boleh jadi anda akan bertengkar dengan penemuduga nanti.
Dapat sesuatu? Kongsi kepada kawan-kawan yang dapat panggilan temuduga SPA 😉
Nak lagi tips? Terus dapatkan rujukan khusus temuduga SPA ini:
NAK ORDER !
No comments:
Post a Comment